Saturday, September 26, 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 di Miri

YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah sempat
melawat Gerai PBB N65 Senadin.

TYT Yang di-Pertua negeri Sarawak sempat merasakan
buah langsat di gerai PERKIM. Bersebelahan adalah gerai PBB N65 Senadin.

YB Datuk Lee Kim Shin bersalaman dengan Ketua Wanita, Puan Nila Simat
untuk dirakamkan sambil diperhatikan oleh Ketua Cawangan, Kr Julaihi Hj Mohamad


...

Gotong-Royong Menyediakan Juadah

Beginilah keadaannya, Ketua Wanita N65 Senadin, Puan Nila Simat dan ahli-ahlinya sibuk menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada pengunjung di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Melayu Miri. PBB Cawangan N65 Senadin turut serta bersama-sama dengan PBB Piasau, Pujut, Lambir dan Bekenu esok hari (26 Sep 2009)

Tuesday, September 22, 2009

Kunjungan Hari Raya YB Datuk Lee Kim Shin

YB Datuk Lee Kim Shin, ADUN N65 bergambar beramai-ramai dengan Puan Nila Simat sewaktu beliau mengadakan kunjungan Hari Raya ke rumah Ketua Wanita N65 Senadin baru baru ini.

Sunday, July 19, 2009

TGM Wanita PBB Cawangan N65 Senadin


12 Julai 2009: Wanita PBB Cawangan N65 Senadin telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TGM) serantak dengan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Cawangan N65 Senadin. Tuan Haji Abdillah Haji Abdul Rahim selaku Ketua Cawangan PBB Cawangan N65 Senadin dalam ucapan perasmian beliau, menasihatkan ahli-ahli pemuda dan wanita PBB Cawangan N65 Senadin supaya menjadikan perjuangan memperkasakan parti sebagai dasar perjuangan. "Kekuatan sesebuah parti sebenarnya adalah hasil daripada semangat bersatu padu, bekerjasama di antara satu sama lain di samping mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Dalam keadaan sekarang, cabaran boleh datang dalam berbagai bentuk dari pelbagai arah. Tanpa ilmu pengetahuan dan maklumat sudah pastilah cabaran tersebut tidak dapat diharungi."