Sunday, July 19, 2009

TGM Wanita PBB Cawangan N65 Senadin


12 Julai 2009: Wanita PBB Cawangan N65 Senadin telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TGM) serantak dengan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Cawangan N65 Senadin. Tuan Haji Abdillah Haji Abdul Rahim selaku Ketua Cawangan PBB Cawangan N65 Senadin dalam ucapan perasmian beliau, menasihatkan ahli-ahli pemuda dan wanita PBB Cawangan N65 Senadin supaya menjadikan perjuangan memperkasakan parti sebagai dasar perjuangan. "Kekuatan sesebuah parti sebenarnya adalah hasil daripada semangat bersatu padu, bekerjasama di antara satu sama lain di samping mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Dalam keadaan sekarang, cabaran boleh datang dalam berbagai bentuk dari pelbagai arah. Tanpa ilmu pengetahuan dan maklumat sudah pastilah cabaran tersebut tidak dapat diharungi."